Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IIC lakar sejarah julung kali terima kunjungan KBSNS

6:15pm 30/11/2016 Leolerry Lajius 0 views YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
 Tawfiq (tengah), Yogeswaran, I.S.Suthasini dan Jamil bersama para pelajar.

Tawfiq (tengah), Yogeswaran, I.S.Suthasini dan Jamil bersama para pelajar.

SELANGOR: Kolej Antarabangsa Intra (IIC) melakar sejarah kerana buat julung kalinya menerima kunjungan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah KBSNS.

Sesungguhnya kunjungan ini  memberi 1001 makna kepada IIC kerana ia menandakan bahawa kolej ini semakin mendapat perhatian daripada KBSNS.

Pengurus Pusat Bertauliah IIC, Datin I.S. Suthasini merakamkan jutaan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Tawfiq Datuk Seeri Panglima Abu Bakar Titingan, yang mengetuai rombongan KBSNS di atas kunnjungan yang berharga ini.

Suthasini berkata, IIC telah beroperasi sejak tahun 2001, dan telah menerima pendaftaran 5 Bintang oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan di kolej ini adalah Pengurusan Diplima Eksekutif Sistem Maklumat dan Sistem Komputer, Sijil Juruteknik Elektrik, Penyaman Udara, Pereka Fesyen Wanita dan Jurukecantikan.

Sejak penubuhan kolej ini, pelbagai sokongan dan kerjasama dari agensi kerajaan telah diperolehi seperti Kemeterian Sumber Manusia, City & Guilds, Skills Malaysia, HRDF Malaysia,  Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),  Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Yayasan Sabah dan KBSNS.

Selain itu, , sokongan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato’  Dr.  Haji Irmohizam Ibrahim turut memberi sumbangan yang besar di dalam pembangunan IIC, membolehkan kolej ini memperoleh bantuan dana dan program-program tajaan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, Suthasini berharap agar melalui lawatan Tawfiq mampu mencerahkan peluang kolej itu bagi mendapatkan bantuan daripada KBSNS bagi program anak-anak Sabah pada masa akan datang.

Kolej ini menawarkan kemudahan tiket penerbangan percuma pergi dan balik kepada para pelatih daripada Sabah. Kemudahan ini telah diberikan kepada para pelatih  yang sedia ada dan ada juga diantara mereka telah menamatkan pengajian di kolej ini.

Selain itu, asrama dan pengangkutan juga  turut disediakan oleh kolej ini bagi kemudahan para pelatih malah pinjaman mereka juga diuruskan sepenuhnya oleh kolej ini.

Suthasini, mewakili kolej ini memohon kerjasama daripada Tawfiq untuk memberi sokongan kepada cadangan kolej ini yang ingin memohon bantuan dana daripada Menteri Di Jabatan Pedana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bagi membantu para belia Sabah yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Malah, sokongan dan bantuan dana dari KBSNS sendiri juga amat dialu-alukan,” katanya.

Semantara itu, Tawfiq dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada IIC diatas komitmen membantu kerajaan menyediakan pendidikan kemahiran kepada para pelatih belia khususnya daripada Sabah.

Katanya, kemahiran amat penting sebagai bekalan untuk mencari pekerjaan.

“Latihan vokesional peringkat diploma juga akan membuka jalan kepada pelatih untuk melanjutkan pengajian ke peingkat universiti,” katanya.

Beliau menasihati para pelajar daripada Sabah supaya tidak mensia-siakan harapan ibu bapa dan gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu kemahiran di kolej ini.

Beliau juga meminta kolej ini agar menjaga dan membimbing para pelatih dengan baik seperti anak sendiri..

Turut hadir Pegawai KBSNS Bahagian Tawau Jamil Jilap dan Pengarah Urusan IIC Dato’ Yogeswaran./SayangSabah

Tawfiq melawat pelajar yg mempelajari komputer.

Tawfiq melawat pelajar yg mempelajari komputer.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan