Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

IHYA RAMADAN SMK BONGAWAN II  

 

TADARUS DAN KHATAM AL QURAN-foto Jabatan Penerangan
TADARUS DAN KHATAM AL QURAN-foto Jabatan Penerangan

PAPAR- Ihya Ramadan mampu memupuk semangat kecintaan kepada Allah dan mengukuhkan keimanan dalam kalangan remaja masa ini dengan melibatkan diri dalam pelbagai program keagamaan.

Antaranya program keagamaan seperti tadarus dan khatam Al-Quran.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II, Datin Masniah Tarah berkata program tadarus dan khatam Al-Quran merupakan acara tahunan sekolah bersama Pejabat Penerangan Daerah Papar.

“Menariknya kali ini ia diadakan pada sepuluh malam terakhir bagi mencari keberkatan malam Lailatul Qadar,”kata beliau ketika ditemui pada majlis tersebut semalam.

Menurut beliau, program ini diharap dapat memberikan kesedaran bukan hanya kepada pelajar akan tetapi kepada ibubapa betapa pentingnya untuk terus bersama memberi sokongan kepada kejayaan anak-anak.

“Kehadiran ibubapa dalam program seperti ini akan memberikan suntikan semangat kepada anak-anak mereka sebagai tanda sokongan dan penghargaan,”jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan rasa kesyukuran diatas pemilihan sekolah ini sebagai Sekolah Amanah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurutnya lagi, dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Amanah prestasi pembangunan modal insan pelajar mampu dilonjakkan dengan lebih pantas.

Ini kerana pengurusan prestasi pelajar akan diuruskan secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah dibawah kawal selia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Amanah akan diberi kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar dengan matlamat untuk membawa perubahan prestasi sekolah dengan lebih baik.

Jelas Masniah, program ini sedang berjalan dengan beberapa perbincangan antara pihak terlibat bagi memastikan keperluan untuk melonjakkan prestasi pelajar mampu di tingkatkan.

Beliau turut mengharapkan agar guru-guru dan ibubapa untuk bersama-sama menjayakan misi Sekolah Amanah ini.

“Semoga permulaan perancangan program ini dibulan Ramadan akan memberi lebih keberkatan yang akhirnya mampu memcapai sasaran yang diharapkan,”tambah beliau.

Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru-guru yang berusaha dengan komitmen yang tinggi serta pelajar yang memberikan perhatian dalam pembelajaran serta ibubapa yang memberi sokongan kepada kejayaan sekolah selama ini.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Papar, Awang Zebulbahari Ag. Tussop.- Penerangan

Komen


Berita Berkaitan