Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

IFTAR bersama murid UPSR

 Jaujan (berdiri, tiga dari kanan) bersama Isbe (empat dari kanan) dan Naser bergambar bersama pelajar UPSR dan guru SK Balimbang
Jaujan (berdiri, tiga dari kanan) bersama Isbe (empat dari kanan) dan Naser bergambar bersama pelajar UPSR dan guru SK Balimbang

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Dato’ Jaujan Sambakong telah mengadakan Program Iftar (berbuka puasa) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Balimbang yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Majlis itu yang turut dihadiri oleh guru-guru termasuk Guru Besar, Encik Isre Kabbulia dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Murid-Murid (PIBG), Haji Naser Haji Abu Bakar telah diadakan di restaurant makanan segera KFC Pekan Semporna.

Berucap di majlis itu, Jaujan menegaskan berbuka puasa bersama murid-murid sekolah dapat mengimarakan suasana Ramadhan Almubarak.

Katanya, Ramadhan adalah bulan madrasa yang boleh membentuk dan mendidik umat Islam menjadi insane yang sabar, bertimbang rasa disamping merawat tubuh badan yang sihat.

“Khususnya murid-murid sekolah yang merupakan pewaris generasi mendatang perlu dididik dan dibentuk menjadi insan yang berilmu dan berintegriti.

“Memiliki akademik yang cemerlang tidak lengkap, jika kehidupan tanpa ada nilai-nilai yang murni seperti yang terkandung dalam erti pengisian Bulan Ramadhan”, tegasnya.

Jaujan juga mendoakan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan mencapai keputusan 5A.

Jaujan turut menyampaikan duit raya kepada murid-murid sekolah yang hadir.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulabayan, Haji Zulkiflee Haji Alani, CDO DUN Sulabayan, Datu Garcia Datu Makling.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan