Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,770

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IEM digesa tingkat tahap profesional kejuruteran di Sabah

2:01pm 28/11/2016 Leolerry Lajius 4 views Tempatan
Teo (lima dari kanan), Yahiya (empat dari kiri) dan Tan (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Eksekutif IEM Cawangan Sabah 2016-2017./PENERANGAN

Teo (lima dari kanan), Yahiya (empat dari kiri) dan Tan (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama Jawatankuasa Eksekutif IEM Cawangan Sabah 2016-2017./PENERANGAN

Kota Kinabalu: Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah digesa memainkan peranan bagi meningkatkan tahap profesional kejuruteraan ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang berkata, peningkatan tahap profesion tersebut selaras dengan pelan pertumbuhan negeri ini berdasarkan inisiatif negeri dan persekutuan.

“Jurutera sentiasa dilihat sebagai profesion yang mampu menggunakan sumber-sumber sedia ada dan menggunakan pengetahuan saintifik bagi menghasilkan penyelesaian yang meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

“Sebagai profesion yang memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan sosio-ekonomi, Kerajaan Negeri mengiktiraf serta menghargai sumbangan jurutera dalam menyokong dasar yang menjurus ke arah pemodenan tanpa mengabaikan prinsip kelestarian alam sekitar,” jelasnya.

Beliau berharap lebih ramai jurutera tempatan terlibat dalam industri minyak dan gas serta pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang mempunyai impak yang besar dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

Teo turut memuji IEM Cawangan Sabah kerana komitmen kepada tadbir urus dengan penyertaan dalam Jawatankuasa Teknikal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan sebagai penasihat dalam pelbagai Majlis Daerah.

“Melalui penglibatan IEM Cawangan Sabah, kita boleh mengurangkan penyelesaian ‘ad-hoc’ dengan mewujudkan pelan induk, sama ada skim perancangan bandar atau pun infrastruktur.

“Deraf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 merupakan antara contoh pelan induk yang menampung aspek sosio-ekonomi rakyat di Sabah dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi,” jelasnya.

Beliau turut menyeru firma-firma kejuruteraan tempatan agar memberi latihan kepada graduan memenuhi permintaan pasaran sebagai pemangkin kepada pembangunan Sabah.

Selain itu, Teo juga memaklumkan pencapaian terbesar IEM Cawangan Sabah kepada negeri ini adalah melalui penubuhan Persatuan Malaysia Trenchless dan Terowong Technology (MSTTT).

Teo menyampaikan teks ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ketika merasmikan Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun IEM Cawangan Sabah Ke-40.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah Presiden IEM, Ir Tan Yean Chin; Pengerusi IEM Cawangan Sabah, Ir Haji Yahiya Ag Kahar dan Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai. /PENERANGAN-

Tan (kiri) mengiringi Teo (tengah) menerima cenderhati daripada Yahiya (kanan)./PENERANGAN

Tan (kiri) mengiringi Teo (tengah) menerima cenderhati daripada Yahiya (kanan)./PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan