Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Identiti peserta bogel dikenal pasti

pesta bogel

GEORGETOWN: Polis sudah mengenal pasti identiti semua 15 peserta ‘Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’ di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang dan yakin akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, setakat ini semua nama penuh peserta berkenaan sudah diperoleh hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan.
“Hasil maklumat dan keterangan daripada beberapa peserta yang ditahan sebelum ini ternyata menunjukkan tanda-tanda positif dan kami percaya mereka akan dapat ditahan dalam tempoh terdekat.

“Mereka kini tidak perlu lagi bersembunyi atau risau kerana kami sudah memperoleh maklumat serta identiti sebenar semua peserta terbabit,” katanya.
Sumber berkata, sebelum ini identiti serta nama yang diperoleh ketika siasatan awal didapati tidak tepat, malah ada antara individu dalam senarai nama terbabit sebenarnya langsung tidak wujud.
“Beri kami sedikit masa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan kami yakin ada antara peserta itu sendiri akan tampil ke balai polis.

“Siasatan awal mendapati ada peserta yang kononnya berasal dari negara jiran sebenarnya adalah rakyat negara ini,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati individu yang menyertai pesta berkenaan sebenarnya 15 orang.

Komen


Berita Berkaitan