Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Identiti mangsa culik di Perairan Pom Pom

4:55pm 11/09/2016 Leolerry Lajius 578 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak polis telah mengenalpasti identiti mangsa culik yang berlaku di perairan Pulau Pom Pom yang melibatkan tiga orang mangsa, awal pagi tadi.

Mangsa Masurin (Juragan) 50, Loloi Bin Alpin (anak kapal) 30, dan Sami (anak kapal) 30, dan kesemua mangsa berbangsa Bajau Filipina dan memiliki keterangan diri IMM13 dan Surat Banci dari Pasukan Petugas Khas.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan daripada Alkarim Bin Mussapa, 30, yang merupakan pemilik kepada kapal ikan berkenaan dengan menyatakan seorang juragan dan dua orang anak kapalnya telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata semasa sedang berlabuh di Perairan Pulau Pom Pom.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, Kapal Ikan dengan nombor pendaftaran SA2627/5/F  atas nama  PUTERI itu telah keluar untuk menangkap ikan dikawasan Laut Semporna pada lebih kurang jam 4.00 petang kelmarin  dan didalam kapal tersebut terdapat 16 anak kapal termasuk juragan dan 2 anak kapal yang diculik.

“Apabila tiba dilokasi kejadian, kapal Ikan PUTERI  telah berlabuh diantara Pulau Gaya dan Bohey Dulang,  Semporna. Semasa menunggu untuk menurunkan pukat,   lebih kurang jam 10.40 malam tiba-tiba  kapal ikan PUTERI telah didatangi sebuah speedbot jenis kayu yang dinaiki oleh tujuh orang lelaki bertopeng  yang bersenjatapi pistol dan rifle M 16.”

“Enam orang saspek yang bersenjatapi telah menaiki  Kapal Ikan berkenaan serta mengarahkan semua anak kapal supaya meniarap dilantai dan seorang lagi saspek menunggu di dalam speed bot.  Saspek telah menggeledah di dalam kapal dan  merampas beg pakaian, telefon bimbit dan dompet  anak-anak kapal.”

“Selepas itu semua saspek beredar dengan membawa bersama tiga orang mangsa tersebut,”katanya.

Dalam kejadian berkenaan telefon bimbit salah seorang anak kapal tidak dirampas oleh saspek dan seterusnya telah bertindak menghubungi rakannya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Bot yang dinaiki saspek merupakan sebuah Speed bot jenis kayu  berwarna putih berukuran  20 kaki panjang dan 5 kaki lebar dgn menggunakan 2 injin sangkut 75hp setiap satu .

Beliau turut menyatakan bahawa pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan ketika ini kes disiasat di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan.-/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan