Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ICT  Pemacu Pembangunan Ekonomi Negara

6:26pm 29/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 5 views Tempatan
Presiden Creative Dreams International Sdn Bhd, K. Thinesh Kumar (Kiri) menyerahkan cenderahati kepada Datuk Madius Tangau (Kanan). Foto oleh Alex Mairin/Sayangsabah

Presiden Creative Dreams International Sdn Bhd, K. Thinesh Kumar (Kiri) menyerahkan cenderahati kepada Datuk Madius Tangau (Kanan). Foto oleh Alex Mairin/Sayangsabah

KOTA KINABALU- Dalam zaman ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amatlah penting. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan kerana hampir setiap  saat masyarakat menggunakan teknologi tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengetengahkan sains dan teknologi sebagai elemen yang penting untuk memacu pembangunan ekonomi negara ini.

“Dalam hal ini, semua pihak termasuklah kementerian-kementerian yang lain, agensi- agensi kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh pelusuk negara perlu menggunakan sains dan teknologi dalam setiap dasar yang sudah digubal mahupun belum digubal”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pelancaran “Edu Media Mobile Apps” di University Malaysia Sabah (UMS), hari ini.

Disamping itu, beliau juga menyeru agar setiap lapisan masyarakat bukan sahaja yang terlibat dalam bidang penyelidikan khususnya rakyat Sabah agar menceburikan diri dalam bidang inovasi.

“Mereka yang mempunyai idea-idea yang bernas dan boleh tampil ke hadapan untuk memperkenalkan idea inovasi mereka kepada umum”, kata beliau. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan