Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ICT bantu tingkatkan pengurusan dan pentadbiran negara- Radin

2:30pm 27/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 0 views Kota Kinabalu,Tempatan
MINGU (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nilwan (tengah) sempena majlis perasmian Seminar ICT

MINGU (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Nilwan (tengah) sempena majlis perasmian Seminar ICT

KOTA KINABALU- Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai pengaruh besar khususnya dalam perkhidmatan awam dan menjadi semakin penting dalam kehidupan masa kini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Menterinya, Datuk Radin Malleh berkata kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah yang lebih sistematik dan teratur.

” Ianya (ICT) telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden yang kini akan terus meningkat dari segi penggunaan dan pengaruhnya dari semasa ke semasa,” katanya.

Radin berkata demikian semasa berucap sempena seminar ICT 2016 anjuran bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Teks ucapannya dibaca oleh Pembantu menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Abu Bakar Hj. Abdul Latip dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Mingu Hj. Jumaan.

Selain itu, Radin menyeru kepada para peserta agar memanfaatkan seminar tersebut bagi membincangkan penyelesaian bernas sesuai dengan peranan anggota perkhidmatan awam yang sentiasa berhadapan dengan cabaran disamping memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam.

Katanya, seminar tersebut merupakan medan pertemuan tahunan untuk penjawat awam dari semua daerah di negeri ini bagi berbincang dan mengadakan kerjasama strategik ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat dan masyarakat luar bandar

” Seminar ini adalah bertujuan untuk menekankan peranan yang dimainkan oleh penjawat awam dengan meningkatkan pengetahuan dan mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT yang membantu meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat dan seterusnya memperkasa operasi sektor awam,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan