Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IcoE bantu keboleh pasaran graduan UMS

12:11pm 01/12/2015 Dewiana Tinggolongon 114 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Harun (empat kanan) menerima sijil watikah daripada Yahya (empat kiri)- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Harun (empat kanan) menerima sijil watikah daripada Yahya (empat kiri)- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pusat Kecemerlangan Industri (IcoE) berperanan meningkatkan keboleh pasaran graduan  pada masa ini khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Harun Abdullah berkata, pelantikan UMS sebagai peneraju universiti bagi IcoE pertanian adalah satu pengiktirafan kepada UMS dan Fakulti Pertanian Lestari.

“Pertanian merupakan salah satu fokus UMS di mana ia adalah salah satu pemangkin kepada ekonomi negara.

“ Di samping itu kelestarian pertanian juga akan menentukan jaminan keselamatan makanan di negara ini mencukupi dan kurang kebergantungan kepada hasil import,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Pusat Kecemerangan Industri di sini semalam (Isnin).

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri  Pertanian dan Industri Makanan , Datuk Seri panglima Yahya Hussin.

Menurutnya, dengan adanya Kampus Pertanian UMS yang sedang membangun pesat dengan kemudahan dan infrastruktur terkini, beliau yakin IcoE Kluster pertanian akan berjaya mencapai objektifnya.

Katanya, UMS akan menandatangani MoU kerjasama dengan FAMA pada 4 Disember sempena Ulang tahun FAMA ke-50.

Jelas beliau, sebagai universiti peneraju, beberapa inisiatif kerjasama melibatkan agensi-agensi pertanian dan syarikat-syarikat peneraju pertanian akan terus siusahakan demi pembangunan industri di Malaysia.

Beliau berharap dengan adanya IcoE Kluster pertanian yang berpusat di UMS itu ia dapat membantu meningkatkan keboehpasaran graduan UMS.

“Saya percaya dengan adanya pusat sebegini, kemahiran profesional graduan Malaysia dapat ditambahbaik dan dibentuk bagi mempersiapkan diri mereka ke alam pekerjaan.

“Hal ini demikian kerana latihan yang diberikan oleh industri bersifat praktikal dan bukan sekadar teori semata-mata,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru agar graduan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang diberikan bagi menguasai seluas mungkin pengetahuan dan setinggi kemahiran.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan