Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibubapa, pelajar perlu mengetahui enam teras pedidikan Negara

6:09pm 19/11/2015 Ann Vivien 18 views Pendidikan,Tempatan
 Ellron menyampaikan Anugerah kepada salah seorang murid pada majlis itu.

Ellron menyampaikan Anugerah kepada salah seorang murid pada majlis itu.

KENINGAU: Para ibubapa dan pelajar sekolah perlu mengetahui enam teras pendidikan negara iaitu berpengetahuan tinggi,kemahiran berfikir, penguasaan dwi bahasa, sifat memimpin dan etika kerohanian.                   
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, enam teras itu bukan sahaja melahirkan modal insan berkemahiran tinggi akan tetapi adalah asas untuk membentuk seseorang insan sejak dari awal agar mempunyai akhlak tinggi.
Katanya, ia juga salah satu usaha  membendung generasi muda masa kini agar tidak mudah terjebak kepada gejala sosial yang hanya merugikan masa depan mereka.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sook berkata, pelajar pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh meruntuhkan akhlak mereka jika tidak mempunyai jati diri yang kuat.                                                 
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan hari Anugerah warga Sekolah Kebangsaan SK.Lanas di Dewan Kampung Pinipi Lanas pada Khamis. -Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan