Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibubapa dan guru perlu budayakan sikap bekerjasama

MESRA...Mohd Fadzlee bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut
MESRA…Mohd Fadzlee bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

KUALA PENYU: Para ibubapa dan guru perlu mengamalkan budaya berkerjasama antara satu sama lain untuk memantapkan dunia pendidikan alaf baharu yang serba mencabar.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, hubungan ibu bapa dan guru perlu mantap kerana keakraban kedua-dua pihak memberi impak positif kepada pelajar.

Katanya, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan mengawasi tahap kecermalangan akademik pelajar tidak seharuskan diletakkan di bahu guru semata mata ,namun ibubapa perlu ada sikap ambil tahu tentang aspek prestasi akademik anak-anak mereka termasuk pembangunan sahsiah dan kerohanian

“Kerjasama baik antara kedua-dua pihak mampu membantu perkembangan serta kemajuan pendidikan anak-anak mereka dari masa ke semasa dan ini sudah tentu memberikan anjakan bagi pelajar mencapai tahap kecermalangan sebagaimana yang diharapkan” katanya ketika berucap merasmikan program Mogittatamba di Sk Pekan Kuala Penyu kemarin.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Haji Muhid Hj Misrin, Guru Besar Sk Pekan Kuala Penyu Ustaz Mail Haji Tahir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah yang juga Pengerusi Penganjur Fadliezan Tingan dan Pengerui Majlis Guru Besar Daerah Kuala Penyu Nordin Mohd Taib

Mohd Fadzlee yang juga merangkap Pengerusi Biro Pendidikan Umno bahagian berkata, ibu bapa dialu-alukan ke sekolah untuk membantu guru dalam mengisi keperluan tertentu.

Contohnya kata beliau, ibu bapa yang berkemahiran dalam permainan seperti bola sepak, sepak takraw atau seni mempertahankan diri boleh tampil memberi perkhidmatan sukarela sebagai jurulatih kepada pelajar dengan mendapat kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu.

“Langkah sebegini adalah jambatan keakraban yang akan menjadikan sekolah dalam satu-satu lokasi sebagai hak milik komuniti. Lebih membanggakan sekiranya kepakaran ibu bapa dalam ilmu akademik turut dimanfaatkan bagi kepentingan anak-anak di sekolah,” katanya.

Mengulas program tersebut Mohd Fadzlee berkata, program tersebut merupakan salah satu kaedah terbaik dalam mempupuk semangat kerjasama yang erat bukan sahaja di kalangan guru guru namun melibatkan penyertaan, ibubapa serta pelajar yang wajar diteruskan. -SayangSabah

HADIR... Antara ibubapa dan pelajar yang hadir menjayakan program tersebut
HADIR… Antara ibubapa dan pelajar yang hadir menjayakan program tersebut

Komen


Berita Berkaitan