Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Ibu yang nak…’

11:36am 02/03/2017 Pak Roshan 58 views Global

Gambar wanita warga emas yang duduk dalam but kereta dipandu anaknya tular di China.

Zhengzhou: Gambar wanita warga emas duduk dalam but kereta yang terbuka dipandu anak lelakinya melalui jalan di daerah ini tular kelmarin sehingga mengundang kecaman netizen di China.

Bagaimanapun, anak lelaki wanita itu, Li, tampil menjernihkan suasana dengan memaklumkan hal sebenar mengapa ibunya duduk dalam but.

Li berkata, dia bukan sengaja menyuruh ibunya duduk dalam but kerana itu kehendak ibunya.

“Kami ke restoran makan malam keluarga. Apabila hendak pulang ada yang hendak tumpang.

“Kereta tak muat, jadi saya minta ibu tunggu di restoran dan saya akan ambilnya semula.Bagaimanapun, ibu kata dia boleh duduk dalam but, lagipun rumah kami dekat saja,” katanya.

Menurut Li, apa yang dilakukannya mengikut kehendak ibunya dan berharap tidak lagi dikecam.

Sementara itu, ibu Li terkilan anaknya dikecam netizen yang tidak mengetahui hal yang sebenar.

Katanya, Li anak yang baik dan tidak menganiayanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan