Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,507

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu tunggal satu status yang kini tidak lagi dipandang rendah

6:17pm 18/03/2017 Leolerry Lajius 59 views Kota Kinabalu,Tempatan

Armani (lima dari kiri) mengambil gambar bersama ibu tunggal yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

KOTA KINABALU: Ibu tunggal satu status yang kini tidak lagi dipandang rendah kerana hari ini golongan ibu tunggal telah diangkat sebagai salah satu golongan penting yang memacu ke arah pembangunan dari segi ekonomi, yang mana sumbangannya penting dalam pembangunan Negara.

Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Hajah Armani Datuk Haji Mahiruddin berkata, ibu tunggal kini, tidak kira ibu tunggal kerana kematian suami atau ditinggalkan mereka kini boleh berdiri di kaki sendiri.

“Ini terbukti apabila dalam Bajet tahunan kerajaan turut menyentuh tentang Pelan Pembangunan Ibu Tunggal.”

“ Kerajaan terus komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita agar ibu tunggal dapat menyumbang dengan lebih aktif kepada pertumbuhan ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menikmati taraf kehidupan lebih baik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Negeri Sabah, di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru ibu tunggal untuk mengadakan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi pemberi bantuan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membina atau mengembangkan perniagaan memasarkan produk serta perkhidmatan dalam pasaran tempatan mahupun global bagi mereka yang membuka perniagaan.

“Kerajaan mahupun pihak swasta banyak menawarkan pelbagai skim bantuan, tabung dan program untuk diterokai oleh para usahawan, seperti MARA, TEKUN, AMANAH IKHTIAR, SME CORP, SIRIM, Jabatan Pertanian, banyak menyediakan bantuan, malah sektor perbankan seperti SME Bank juga turut membantu mana-mana usahawan yang memerlukan bantuan pinjaman bagi memulakan perniagaan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan