Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,819

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu Tunggal Perlu Manfaat Program Kerajaan Jadi Usahawan – Tawfiq

tawfiq

TAWAU : Golongan ibu tunggal yang mahu menjadi usahawan perlu menjiwai bidang berkenaan dengan niat serta kesungguhan ingin berjaya, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Justeru, beliau berkata golongan berkenaan perlu merebut peluang menjadi usahawan dengan memanfaatkan pelbagai program dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

“Peluang dan ruang untuk mengubah pendapatan keluarga memang terbuka luas melalui pelbagai pinjaman dan bantuan modal yang disediakan kerajaan termasuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar.

“Oleh itu, golongan ibu tunggal harus merebut peluang sekiranya mahu meningkatkan taraf ekonomi keluarga melalui pinjaman daripada agensi tertentu yang membolehkan mereka membuka perniagaan secara kecil-kecilan sehingga mampu menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata demikian ketika berucap pada Program Keusahawanan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Tawau, yang dihadiri sebanyak 98 ibu tunggal.

Tawfiq juga meminta agar golongan ibu tunggal melibatkan diri dalam pelbagai program atau kursus untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan