Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu terlanggar anak di tadika: Insiden malang tidak berbau

6:56pm 03/02/2016 Ann Vivien 187 views Jenayah,Tempatan
Datuk jame Alip

Datuk jame Alip

TAWAU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip menyifatkan kejadian seorang ibu terlanggar anaknya dan tiga yang lain, termasuk guru di sebuah tadika di Luyang pada Isnin lalu sebagai insiden malang tidak berbau.

Ini kerana, katanya, lawatan pihaknya ke tadika swasta tersebut mendapati pihak sekolah menepati spek yang ditetapkan jabatan.

Menurutnya, aspek pengurusan sekolah adalah tertakluk kepada tadika tersebut, manakala, lesen dan aspek keselamatan (tadika selamat atau tidak) merupakan tanggungjawab pihaknya untuk memantau.

Jame berkata demikia ketika ditemui media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 84 pelajar mangsa kebakaran di Kampung Airport Lama pada 30 Januari 2016 di Dewan SK Bandar Tawau, di sini hari ini.

Isnin lalu, masyarakat dikejutkan dengan insiden malang seorang wanita, 36, terlanggar anak perempuannya berusia empat tahun dan dua kanak-kanak lain serta guru wanita, 25, selepas menurunkan anaknya di tadika. Mangsa, Megan Wong Shi Ting, disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ pada jam 10.10 pagi, hari yang sama.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan