Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu tembak mati dua anak perempuan

Madison, 17 (kiri) mati di tempat kejadian selepas ditembak ibunya, Christy Sheats, 42, (tengah) dan Taylor , 22 (kanan) mati di hospital.
Madison, 17 (kiri) mati di tempat kejadian selepas ditembak ibunya, Christy Sheats, 42, (tengah) dan Taylor , 22 (kanan) mati di hospital.

Fulshear, Texas: Seorang wanita menembak mati dua anak perempuannya di depan rumah mereka sebelum dia mati ditembak anggota polis yang tiba tidak lama kemudian, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi waktu tempatan di Houston, pinggir Fulshear, wanita berkenaan berusia 42 tahun dikenali sebagai Christy Sheats manakala anak perempuannya, Taylor Sheats, 22, dan Madison Sheats, 17.

Menurut polis, wanita itu menembak dua anaknya selepas berlaku pertengkaran dalam keluarga itu yang berlarutan hingga ke jalan raya di depan rumah namun belum diketahui punca perbalahan itu.

Apabila polis tiba, kedua-dua mangsa sudah ditembak dan Christy enggan meletakkan pistolnya dan mahu menembak lagi seorang anaknya menyebabkan polis melepaskan tembakan dan membunuhnya.

Madsion mati di tempat kejadian manakala Taylor yang masih hidup dan diterbangkan ke helikopter ke hospital namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Suaminya yang juga bapa kedua-dua mangsa, berada dalam rumah namun tidak cedera. – Agensi/HMetro

Anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian. - Foto Agensi
Anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian. – Foto Agensi

Komen


Berita Berkaitan