Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu silap masa bunuh diri

9:45am 07/04/2016 Pak Roshan 6206 views Global
GAMBAR Chor (kanan) bersama ibu, anak dan isterinya.

GAMBAR Chor (kanan) bersama ibu, anak dan isterinya.

Shenzhen, China: Seorang ibu bertindak membunuh diri dengan harapan wang daripada bayaran insurans nyawanya boleh membantu merawat anak lelakinya yang sakit.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu yang berusia 63 tahun sia-sia selepas perlindungan insuransnya sebenarnya sudah tamat tempoh.

Lebih malang lagi, insuran berkenaan juga tidak membayar perlindungan kepada pemegang polisi yang membunuh diri.

Kisah pengorbanan wanita itu bermula apabila anak tunggalnya yang dikenali sebagai Chor, 30, menghidap sejenis penyakit saraf.

Chor yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak mula dikesan menghidap penyakit itu pada 2005, tetapi dia merahsiakannya dari pengetahuan keluarga.

Selepas 10 tahun Chor akhirnya mendedahkan penyakit itu yang kini menyebabkan dia tidak boleh menggerakkan kepala dan pinggang.

Keadaan itu menyebabkan Chor diberhentikan kerja dan dia perlu menjalani pembedahan dengan kos yang tinggi bagi mengubati penyakit berkenaan.

Ibu Chor yang sangat sedih dengan keadaan anaknya itu teringat mengenai satu polisi insuran nyawa yang pernah dibelinya sebelum ini.

Kerana mahu membantu anaknya, wanita itu bertindak terjun dari kediaman anaknya di sebuah rumah flat di bandar ini pada 22 Mac lalu.

Dia turut meninggalkan nota yang tertulis: “Jangan sedih, ibu baik sahaja. Ibu akan bantu mendapatkan wang yang kamu perlukan.”

Tidak lama selepas itu, Chor cuba menuntut insuran ibunya sebanyak 30,000 yuan (RM18,176), tetapi ditolak kerana perlindungan itu sebenarnya sudah tamat pada November tahun lalu dan tidak diperbaharui. – Agensi/HMetro

CHOR

CHOR

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan