Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu Shafie Apdal Meninggal Dunia

12:38pm 16/03/2017 Pak Roshan 4020 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

Datuk Shafie Afdal

SEMPORNA – Ibu kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Bunga Suara Dandai, 85, meninggal dunia di rumahnya di sini pada 6.30 pagi tadi.

Setiausaha Sulit kepada Mohd Shafie, Zamri Maulana dalam satu kenyataan berkata Allahyarham meninggal kerana sakit tua.

Katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Semporna selepas solat asar petang ini.

Ibu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal itu juga merupakan adik kepada mantan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan