Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu segala El Nino landa Thailand

SEORANG petani melihat tanaman padinya yang musnah akibat kemarau di Praek Siracha di wilayah Chainat.
SEORANG petani melihat tanaman padinya yang musnah akibat kemarau di Praek Siracha di wilayah Chainat.

Bangkok: Kemarau buruk yang melanda Thailand mungkin berlarutan sehingga pertengahan tahun depan akibat fenomena luar biasa yang digelar pakar sebagai ibu kepada segala El Nino.

“Kesan El Nino akan menjadi bertambah kuat dan berlarutan sehingga Februari tahun depan.

“Ini bermakna kurangnya awan lembap yang membawa hujan yang biasa diterima Thailand dari Lautan Pasifik,” kata pakar kaji cuaca, Chawalit Chantararat.

Katanya, El Nino juga menyebabkan hujan jarang turun pada musim tengkujuh pertama tahun ini.

“El Nino mengganggu corak ribut di Lautan Pasifik. Ini menyebabkan kurangnya ribut di rantau ini sekali gus mengurangkan hujan diterima Thailand.

“Sekiranya ini berterusan, kita terpaksa bertahan dengan kemarau sehingga musim hujan yang seterusnya,” jelasnya.

Pengkaji Meteorologi di Universiti Teknologi Thonburi, Dusadee Sukawat memberitahu El Nino yang teruk kemungkinan besar menyebabkan kekurangan hujan di Asia dan Australia.

Katanya, keadaan itu sudah pasti mengganggu corak hujan di Thailand.

“Sekiranya pada Ogos dan September, kita hanya menerima purata taburan hujan dalam dua bulan terakhir pada musim tengkujuh, ia tidak akan membantu menaikkan takungan air di empangan yang hampir kering.

“Keadaan tidak bertambah baik melainkan ada beberapa ribut menghala ke Thailand,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan