Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu Pembunuh

8:59am 17/11/2015 Pak Roshan 999 views Global
SEORANG wanita menyalakan lilin untuk memperingati lapan bayi yang ditemui mati dalam kediaman mereka di bangunan berkenaan.

SEORANG wanita menyalakan lilin untuk memperingati lapan bayi yang ditemui mati dalam kediaman mereka di bangunan berkenaan.

Frankfurt: Seorang wanita berusia 45 tahun yang ditahan selepas mayat lapan bayi ditemui dalam sebuah apartmen di Jerman mengaku terbabit melakukan pembunuhan.

Polis di Bavaria berkata, wanita itu yang ditahan Jumaat lalu kerana disyaki membunuh bayi terbabit mengaku sehari kemudian dia ibu mereka dan membunuh beberapa anaknya, lapor agensi berita dpa.

Polis berkata, kekasih wanita itu berusia 55 tahun yang juga ditangkap pada hari sama sudah dibebaskan.

Siasatan masih dijalankan dan bedah siasat akan dibuat terhadap bayi berkenaan.

Polis di pekan Wallenfels dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang bayi di dalam apartmen itu oleh seorang penduduk di situ Khamis lalu.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan