Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu parah dipukul anak

anakpukul ibu

MUAR – Seorang anak tergamak memukul ibunya menggunakan kayu akibat gagal mengawal perasaan marah hanya kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah di rumah mereka di Jalan Ibrahim di sini, kelmarin.

Kejadian jam 9.58 malam itu menyebabkan warga emas berusia 73 tahun itu patah pergelangan tangan, cedera di jari dan bahagian mata.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian bermula dengan pertengkaran selepas ibunya enggan memberikan sejumlah wang diminta lelaki berusia 36 tahun itu.

Menurutnya, ini membuatkan suspek naik berang lalu memukul ibunya sebelum disedari jiran yang kemudiannya menghubungi polis.

“Anggota peronda yang tiba di tempat kejadian menahan dan merampas kayu yang dipercayai digunakan memukul ibunyat,” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah.

“Suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, Deputi Superintendan Azahar Muda, di talian 06-9564805 bagi membantu siasatan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan