Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu Maut, Anak Parah Nahas Jalan Raya Di Beluran

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

BELURAN : Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Nangoh dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata hari ini, kejadian kira-kira jam 1.00 petang itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Merysah Sevilla, 30, tersepit di tempat duduk pemandu dan mati di tempat kejadian.

Anak perempuan, Mylisa Mauren Yusof, 7, cedera parah.

Katanya Mylisa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan manakala pemandu Hilux berumur 67 Tahun yang mengalami cedera ringan menerima rawatan di hospital Beluran.

Siasatan awal mendapati kereta Viva dipandu dari arah Simpang Sapi Nangoh telah bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah Paitan, katanya.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan