Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu Mati Direjam Dengan Botol Arak

botol arak

Sa Kaeo, Thailand – Polis sudah mengenal pasti sekumpulan remaja yang menyebabkan kematian seorang wanita selepas mereka ‘merejam’ mangsa dengan botol arak.

Jurucakap polis berkata, sekurang-kurangnya dua daripada remaja terbabit dikenali pasti – dikenali dengan nama panggila Ice dan Ble.

“Namun identiti sebenar mereka tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur,” katanya semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Ranjuan Jongrak, 40, terbunuh akibat dibaling botol arak.

Dia dan anak lelakinya, Aye, 19, serta saudara mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pesta buah epal tempatan kira-kira jam 1 pagi.

Ketika menunggu suami Ranjuan yang bekerja sebagai sukarelawan keselamatan di pesta itu, mereka tiba-tiba dihampiri 17 remaja menaiki trak pikap.

Mangsa kemudian dilontar dengan botol bir.

Ranjuan mengalami kecederaan parah di muka dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan mati akibat pendarahan melampau.

Sumber berkata, tiga bulan lalu Aye terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja dan sekali lagi tiga hari sebelum kejadian.

Jurucakap polis berkata, semua suspek dinasihat hadir ke balai polis terdekat bagi memudahkan siasatan.

“Jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan,” katanya. – Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan