
Beijing: Seorang wanita yang digelar ibu harimau dipenjara enam bulan selepas didapati bersalah menyebat anak angkatnya dengan tali skip kerana gagal menyiapkan kerja rumah.
Wanita itu yang dinamakan sebagai Li oleh media tempatan di Nanjing, timur China, menyebat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu sehingga berbirat dan luka di seluruh lengan, belakang badan dan kakinya.
Ketika perbicaraannya, hakim diberitahu bagaimana Li ditangkap selepas gambar kanak-kanak itu dengan kesan luka yang mengejutkan menjadi viral di Internet.
Li yang dipercayai berusia 50-an mengaku menyebat kanak-kanak berkenaan yang juga anak saudaranya dengan tali skip dan penggaru badan.
Wanita itu memberitahu mahkamah, dia bertindak demikian kerana anak angkatnya itu tidak menyiapkan kerja rumah dan menipu.- Agensi/HMetro