Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu Hadapi Pertuduhan Bunuh 2 Anak Diperintah Jalani Pemeriksaan

2:18pm 08/12/2015 Pak Roshan 412 views Jenayah,Mutakhir
Saw Shok Kian

Saw Shok Kian

SUNGAI PETANI – Seorang ibu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini (Selasa) atas tuduhan membunuh dua anak lelakinya, diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun memerintahkan tertuduh, Saw Shok Kian, 35, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama 30 hari untuk pemerhatian.

Ini susulan permohonan dikemukakan peguam tertuduh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan Farahdina Che Bakar dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anida Nasir menyokong permohonan itu.

Saw didakwa membunuh dua anaknya Tee Cong Ming ,5, dan Tee Chong Sern,2, antara 10 malam, 30 Nov hingga 3 petang, 1 Dis di sebuah rumah di Taman Wira Indah, Sungai Petani, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah menetapkan 12 Jan sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan toksilogi, kimia, forensik dan psikiatri.

Turut hadir di mahkamah ialah suami tertuduh Tee Chooi Peng, 36, serta anggota keluarganya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan