Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu, dua anak Orang Utan hangus

9:05am 04/03/2016 Pak Roshan 210 views Global
Gambar yang dirakam hari ini oleh Pusat Perlindungan Orang Utan menunjukkan anak Orang Utan yang yang mati akibat kebakaran hutan di Taman Negara Kutai, Kalimantan. - Foto AFP

Gambar yang dirakam hari ini oleh Pusat Perlindungan Orang Utan menunjukkan anak Orang Utan yang yang mati akibat kebakaran hutan di Taman Negara Kutai, Kalimantan. – Foto AFP

Jakarta:Tiga Orang Utan betina termasuk seekor yang masih bayi, mati hangus selepas terperangkap dalam kebakaran hutan di Kalimantan yang dipercayai berpunca daripada pembakaran haram bagi membersihkan hutan, hari ini.

Orang Utan dewasa dan dua lagi dipercayai anaknya itu ditemui di Bontang, Taman Negara Kutai dan renjer taman itu sedang menyiasat kejadian berkenaan selepas gambar bangkai haiwan itu tersebar di Internet.

Seorang pegawai taman itu, Dede Hidayat, berkata: “Kami ke tempat kejadian kira-kira satu kilometer di luar taman dan menemui Orang Utan itu terbaring dengan kesan melecur teruk.”

Polis sedang menyiasat kes itu tetapi belum ada sesiapa ditahan. Jika didapati bersalah, mereka yang menyebabkan kematian haiwan berkenaan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. –  Agensi/HMetro

Gambar yang dirakam hari ini oleh Pusat Perlindungan Orang Utan menunjukkan seekor Orang Utan dewasa dan dua yang masih kecil dipercayai anaknya yang mati di Taman Negara Kutai, Kalimantan. - Foto AFP

Gambar yang dirakam hari ini oleh Pusat Perlindungan Orang Utan menunjukkan seekor Orang Utan dewasa dan dua yang masih kecil dipercayai anaknya yang mati di Taman Negara Kutai, Kalimantan. – Foto AFP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan