Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu dan anak maut kemalangan

ANGGOTA Polis sedang memeriksa dua kenderaan yang terlibat dengan kemalangan sehingga mengorbankan seorang ibu dan anak perempuannya, sementara empat mangsa lagi cedera. Kemalangan berlaku di kilometer 17, Jalan Telupid – Beluran, berdekatan kawasan Tanah Emas, hari ini. – Foto Ihsan Bomba.

 

BELURAN: Seorang ibu dan anak perempuannya maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Telupid – Beluran, berdekatan kawasan Tanah Emas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, Majinis Anjid, 73, dan Anah Geoffrey, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa adalah penumpang Perodua Viva dalam perjalanan menuju ke Kampung Telisai, Telupid dari Kampung Gambaron bersama pemandu lelaki berusia 57 yang juga suami mangsa.

Difahamkan, kereta dinaiki dua beranak itu remuk teruk termasuk bahagian enjin terperosok ke kerusi penumpang hadapan.

Bagaimanapun, pemandunya terselamat, hanya mengalami sakit dada akibat hentakan.

Sementara, pasangan suami isteri berusia 73 dan 46 tahun bersama anak lelaki berusia 16 tahun yang menaiki pacuan empat roda Toyota Fortuner dilaporkan turut cedera.

Semua mangsa cedera kini dirawat di Hospital Duches of Kent (HDOK) Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V. Shivananthan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda menghala ke Lahad Datu disyaki terbabas ke kanan jalan.

“Ia kemudian masuk semula masuk ke laluan asal tetapi dengan bahagian hadapan kereta terpusing ke arah Telupid.

“Akibatnya, ia bertembung dengan kereta Perodua Viva dan dua wanita meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Beluran dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan penumpang hadapan wanita yang tersepit.

“Mayat seorang lagi penumpang sudah berada di tepi jalan ketika ketibaan bomba,” katanya. – BH ONLINE

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan seorang ibu dan anak perempuannya terkorban sementara empat mangsa lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 17, Jalan Telupid – Beluran, berdekatan kawasan Tanah Emas, hari ini. – Foto Ihsan Bomba.

Komen


Berita Berkaitan