Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bayi dicari Polis

10:54am 13/11/2015 Ann Vivien 4235 views Jenayah,Tempatan
Douglas (kiri) semasa sidang media.

Douglas (kiri) semasa sidang media.

KENINGAU – Polis sedang menyiasat penemuan bayi di kawasan perumahan Rumah Murah JKR Keningau pada Nov 11 lepas.

Ketua Polis daerah Keningau Douglas Nyeging Taong dalam sidang media kelmarin menyatakan pihak Polis sedang  menjalankan pemeriksaan di klinik-klinik swasta untuk mengesan individu yang mendapatkan rawatan bersalin dalam usaha mereka untuk mengenalpasti ibu kandung bayi perempuan tersebut.

Mengikut laporan Polis, pada Nov 11, kira-kira jam 7.15 pagi  seorang lelaki telah mendengar tangisan bayi di bahagian semak dihadapan halaman rumahnya yang terletak di Rumah Murah JKR Keningau. Beliau telah  mencari  arah tangisan itu dan menemui bayi tersebut yang ditinggalkan tanpa pakaian dan masih bertali pusat lalu dia pun mengangkat dan memablut bayi tersebut dengan kain serta membawa nya ke Hospital Keningau .

Bayi tersebut dipercayai baharu sahaja ditinggalkan  dan polis menyeru kepada  mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Sek 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ibu bapa membuang bayi, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,”  Douglas berkata.- Nanus Gray/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan