Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa perlu peka tarikh perubahan sesi persekolahan

Mary Yap (dua kiri) menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada salah seorang ahli Pertubuhan Peladang Tawau.
Mary Yap (dua kiri) menyampaikan sumbangan mesin rumput kepada salah seorang ahli Pertubuhan Peladang Tawau.

TAWAU – Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching meminta ibu bapa dan pihak sekolah peka dengan perubahan tarikh sesi persekolahan bagi tahun 2015.

Menurutnya, perkara itu penting dalam membantu pengurusan lebih baik khasnya kepada ibu bapa dan pihak sekolah dalam memastikan anak-anak dan pelajar tidak terganggu dengan perubahan tarikh yang diumumkan.

“Kita minta pihak sekolah peka dan ibu bapa faham dengan perubahan tarikh berkenaan dan memberi sokongan kepada anak-anak untuk sentiasa bersemangat memulakan sesi persekolahan mengikut tarikh berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pemberian Bantuan kepada Pertubuhan Peladang Tawau di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau menjelaskan, langkah Kementerian Pendidikan mengubah tarikh sesi persekolahan tahun hadapan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai wajar dan ia bagi membolehkan penduduk khususnya mangsa banjir membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.

“Kita perlu faham bahawa banyak sekolah terjejas, dan banyak kerosakan yang berlaku mengakibatkan keadaan sekolah kurang selamat untuk warga sekolah,” ujarnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sesi persekolahan tahun 2015 dilewatkan selama seminggu dari jadual asal dan hanya akan bermula pada 11 Januari bagi negeri (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan 12 Januari bagi lain-lain negeri. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan