Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa perlu lebih prihatin

Nasir Sakaran (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerimah anugerah.
Nasir Sakaran (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerimah anugerah.

KOTA KINABALU – Golongan ibu bapa disarankan agar lebih prihatin mengambil tahu hal ehwal pelajaran anak-anak mereka semasa di rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, ibu bapa seharusnya tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada guru kerana masa anak-anak lebih banyak dihabiskan di rumah.

“Ibu bapa juga perlu memberi kerjasama kepada guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) demi memastikan anak-anak mereka terus berjaya serta cemerlang dalam pelajaran,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Sekolah dan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Tampi-Tampi, di sini hari ini.

Menurut beliau, kejayaan cemerlang yang pernah dicapai pelajar sekolah di daerah itu seterusnya mengharumkan nama negeri dan negera dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Sebenarnya pelajar di daerah ini setanding dengan pelajar lain di negeri ini. Ini jelas terbukti dengan kejayaan pelajar dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah itu memenangi pertandingan Robotik kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya, pertandingan tersebut dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Susbadi Holding Berhad dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, SK Bukit Lalang dan SK Bubul II

Sementara itu, SMK Tagasan memenangi tempat pertama dan ketiga katagori Sekolah Menengah Atas, Regular -Space Station dan SMK Datuk Panglima Abdullah memenangi tempat keempat dan ke sepuluh dalam katagori Sekolah Menengah Rendah, Regular-Sputnik. Pertandingan tersebut disertai oleh 13 buah SK dan 36 buah SMK seluruh Sabah.- Oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan