Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IBU BAPA PERLU AWASI ANAK GUNA MEDIA SOSIAL

4:56pm 20/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 18 views Isu Semasa,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
 Yahya menerima cenderamata daripada Awang Lai sambil diperhatikan oleh Masdin.

Yahya menerima cenderamata daripada Awang Lai sambil diperhatikan oleh Masdin.

PUTATAN: Ibubapa diseru agar mengawasi anak-anak mereka terutamanya dalam penggunaan media sosial.

Timbalan Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah mudah terdedah dengan aplikasi media sosial yang membolehkan mereka untuk menyebarkan maklumat dan berita kepada orang ramai.

Yahya juga berkata bahawa melalui media sosial, semua maklumat dan berita sama ada benar atau tidak benar akan tersebar dengan pantas, dan para pelajar boleh akses informasi tersebut dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

“Justeru itu, kesemua maklumat dan berita yang telah tersebar di media sosial ini perlu ditapis dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memantau agar anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan informasi dan berita palsu yang negatif”, katanya.
Yahya berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas di Dewan Serbaguna Pasir Putih Putatan, hari ini.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai pelajaran dan pembelajaran juga boleh diperolehi dengan mudah menerusi media sosial.
“Jika pelajar bijak menggunakan media sosial untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan mengenai pelajaran mereka, sudah tentu ia amat berguna dalam membantu pembelajaran mereka”, tegasnya.

Menurut Yahya, masalah penggunaan media sosial yang dialami oleh kanak-kanak sekarang tidak berlaku pada zaman dahulu.

“Justeru ibu bapa perlu menangani dengan bijaksana dan sentiasa mengawasi penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka terutama semasa di rumah”, tambahnya.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut memuji usaha murid dan pihak sekolah yang berjaya melonjakkan pencapaian peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini

“Teruskan kecemerlangan ini sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita”, Tambahan beliau.

Yahya turut menyampaikan anugerah Tokoh Akademik dan Murid Cemerlang UPSR 2015 kepada Nabil Johari, Tokoh Ko-kurikulum kepada Sahrina Toni dan Tokoh Nilam disandang oleh Nur Atiqah Fathirah Faizie.
Turut hadir ialah Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Putatan,  Masdin Pumpunga, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Guru Besar Sekolah, Awang Lai dan pemimpin masyarakat setempat.- Sayang Sabah
Yahya menyampaikan anugerah Tokoh Akademik & Murid Cemerlang UPSR 2015 kepada Nabil Johari sambil diperhatikan oleh Awang (kiri) dan Masdin (kanan).

Yahya menyampaikan anugerah Tokoh Akademik & Murid Cemerlang UPSR 2015 kepada Nabil Johari sambil diperhatikan oleh Awang (kiri) dan Masdin (kanan).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan