Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa perlu aktifkan didikan agama anak-anak

Peserta majlis khatam Al-Quran di Dewan Terbuka Kampung Seraya, Semporna.
Peserta majlis khatam Al-Quran di Dewan Terbuka Kampung Seraya, Semporna.

SEMPORNA – Ilmu agama merupakan asas pengetahuan yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, sekaligus melindungi mereka daripada terjebak dengan persekitaran gejala sosial yang semakin berleluasa masa ini.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, salah satu pendekatan berkesan dalam mendidik anak-anak adalah melalui pendedahan ilmu agama dan Al-Quran sejak mereka keci lagi.

Katanya, ia merupakan langkah terbaik dalam memastikan generasi muda dapat menjadikan Al Quran dan ilmu agama sebagai panduan hidup mereka sepanjang zaman kerana sahsiah generasi muda Islam harus dilengkapi dengan nilai-nilai murni yang bercirikan Islam untuk sedia menghadapi cabaran globalisasi.

“Ibu bapa perlu melakukan semua persediaan tersebut perlu bagi menghindari masalah sosial yang kini semakin menjadi barah dalam masyarakat terutama generasi Melayu bumiputera,” katanya semasa merasmikan majlis Khatam Al-Quran anjuran Kelas Pengajian Asnaf Semporna dengan kerjasama Unit Pemimpim Pembangunan Masyarakat Bugaya di Dewan Terbuka Kampung Seraya, Semporna di sini hari ini.

Seramai 45 daripada 94 peserta program berkenaan merupakan saudara baru yang menyertai majlis khatam Al-Quran. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan