Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak

3:40pm 17/06/2016 Leolerry Lajius 36 views Tempatan
Hamisa bersama masyarakat Kampung Tanjong Keramat Laut, Tawau mendengar bacaan Al Quran peserta yang menyertai Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran di Masjid Bandar Tawau.

Hamisa bersama masyarakat Kampung Tanjong Keramat Laut, Tawau mendengar bacaan Al Quran peserta yang menyertai Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran di Masjid Bandar Tawau.

TAWAU :Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak serta mengurus rumahtangga tidak seharusnya dipikul oleh ibu semata-mata.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata peranan bapa bukan sekadar menyediakan keperluan tempat tinggal serta makan minum anak-anak dan ibu pula bukan sekadar  mendidik anak-anak tetapi mereka haruslah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiraan keibubapaan.

“Ibu bapa, antara lainnya perlu memahami perkembangan biologi anak-anak dan kaitannya dengan perkembangan kognitif dan emosi. Ia merupakan satu cara dan inisiatif terbaik dalam usaha kita memperingati pengorbanan serta perjuangan golongan ibu membentuk seorang insan.

“Tidak kiralah dia seorang pemimpin atau rakyat biasa, semuanya bermula daripada sentuhan kasih sayang seorang ibu kerana setiap ibu diberikan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Tadarus Al Quran dan Majlis Khatam Al Quran di Masjid Bandar Tawau.

Hamsia yang juga Adun Tanjong Batu berkata tidak ada pilihan atau cara lain untuk memberi pengiktirafan kepada golongan ibu, selain memberikan mereka kasih sayang dan penghormatan yang selayaknya.

Jelasnya pengiktirafan dan keprihatinan daripada seorang anak sahajalah yang menjadi ramuan dan ubat berguna untuk seorang ibu meneruskan kehidupan mereka terutamanya apabila mereka tua kelak.

Tegas Hamisa lagi, kekuatan jiwa ibu-ibu pada zaman awal Islam patut direnung, dikaji dan dipraktikkan oleh wanita masa kini.

“Bagi memantapkan lagi institusi keluarga yang dibentuk oleh seorang ibu, peranan ibu hari ini bukan sahaja sebagai seorang suri rumah atau pendidik anak semata-mata tetapi mereka mempunyai peranan yang besar terhadap agama, bangsa dan negara.”

“Semua ini menuntut perubahan terutamanya dari segi mengisi diri dengan ilmu dunia mahupun ukhrawi. Hari ini kita memerlukan ibu yang berilmu pengetahuan tinggi yang bukan sahaja menjadi role model anak-anak tetapi juga berperanan dalam memajukan negaranya,”katanya.

Dalam masa yang sama Hamisa juga menyeru para ibu bapa agar terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk menimba ilmu dan kemahiran secukupnya.

“Sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak agar mereka dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi”, jelasnya.

Pada masa yang sama Hamisa meminta rakyat khususnya para pendidik terus mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini yang telah terbukti banyak membawa pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dan rakyat seluruhnya telah pun menikmati keharmonian dan juga kemakmuran.

Dalam hubungan ini katanya rakyat harus mengenang jasa kerajaan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat keseluruhannya tanpa mengira agama dan bangsa./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan