Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa main peranan penting didik anak- Jaujan

8:02pm 02/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 154 views Pendidikan,Tempatan
Jaujan (tengah) menerima cenderamata daripada Haji Kassim Iman Laggu

Jaujan (tengah) menerima cenderamata daripada Haji Kassim Iman Laggu

SEMPORNA- Ibu-bapa tidak wajar menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Dr Haji Jaujan Sambakong.

Sebaliknya menurut beliau, ibu bapa perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka ialah sentiasa mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik kerana ia adalah asas yang penting.

“Tugas mendidik anak-anak terletak di tangan ibu bapa dan bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada guru-guru di sekolah semata-mata”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Bait dekat sini.

Sementara itu, Jaujan turut mencadangkan beberapa pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah di negara Jepun sesuai diterap dan digunakan di semua sekolah rendah negeri ini.

Beliau mengambil contoh, pendidikan Akhlak dengan pelajar diajar mengenai etika serta cara berdepan dengan orang. Konsep mata pelajaran 3M (mahir Membaca, Mengiran dan Menulis) perlu dipertingkatkan supaya kanak-kanak mudah faham kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru.

Menurutnya, pendekatan pembelajaran di negara Jepun ialah murid-murid bersama guru mereka dilatih membersihkan bilik darjah serta kawasan sekolah sebelum mulanya kelas.

“Murid-murid sekolah di negara itu juga diwajibkan membawa berus gigi ke sekolah dan membersihkan gigi setiap kali selepas makan kerana ia dapat membantu meningkatkan kesedaran mengekalkan kesihatan dan kebersihan pada usia muda.

“Pelajar sekolah di Jepun juga perlu sentiasa berpakaian kemas, memberi hormat dengan ucapan lambaian selamat datang dan selamat pulang setiap kali berada di sekolah”, katanya.

Jaujan yang juga Pengerusi Safma berkata, budaya dan pendekatan Akhlak itu diamalkan di sekolah-sekolah Jepun ternyata dapat menjadikan mereka bangsa yang dihormati dan disegani.

Katanya, umum mengetahui bahawa bangsa Jepun dahulunya amat dibenci oleh masyarakat rantau ini, tetapi hari ini mereka amat maju, membangun dan kaya walaupun tidak ramai yang mahir berbahasa English.

“Mereka kebanyakannya tidak faham bahasa English, tetapi produk keluaran mereka menguasai seluruh dunia seperti kereta, mesin basuh kain, set televisyen, peralatan eletrik dan lain-lain”, tambahnya.

Beliau berkata, kejayaan bangsa Jepun yang mengutamakan pendidikan, akhlak dan etika serta kebersihan wajar dicontohi oleh pelajar, guru-guru dan ibu bapa sesuai dengan dasar pandang ke timur.

Selain itu, Jaujan berkata, persatuan PIBG sekolah mempunyai peranannya yang tersendiri mengikut keperluan semasa, walaupun tidak terlibat dalam pentadbiran sekolah.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sermporna, Puan Hamidah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Haji Zulkiflee Alani, Guru Besar SK Pulau Bait, Encik Mohtahar Haji Janani, Yang Di-Pertua PIBG, Haji Abu Kassim Iman Laggu, guru penolong kanan sekolah serta ibu bapa dan guru-guru.-SayangSabah

Jaujan menyampaikan bantuan wang awal persekolahan murid-murid kepada seorang ibu di majlis itu.

Jaujan menyampaikan bantuan wang awal persekolahan murid-murid kepada seorang ibu di majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan