Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa kerat leher anak hamil

9:13am 18/06/2016 Pak Roshan 605 views Global

knife2

Lahore: Wanita 22 tahun yang sedang hamil anak kedua dibunuh kejam oleh ahli keluarganya yang mengelar leher mangsa kerana wanita itu berkahwin tanpa restu keluarga di Buttaranwali, 75 kilometer di utara Lahore, semalam.

Menurut polis hari ini, Muqaddas Bibi, 22, berkahwin dengan Taufiq Ahmed tiga tahun lalu atas dasar cinta dan perbuatan itu dianggap memalukan keluarganya kerana menolak perkahwinan diatur keluarga.

Muqaddas memutuskan hubungan dengan keluarganya selepas berkahwin dan menurut pegawai penyiasat polis, Mohammad Arshad, ibu dan abangnya datang menemuinya di klinik ketika wanita itu membuat pemeriksaan kehamilan semalam, menyatakan mereka kini menerima keputusannya berkahwin dengan Taufiq.

Wanita itu mengikut mereka pulang dan sampai di rumah keluarganya, bapanya, abang dan ibunya mengelar leher mangsa dengan pisau menyebabkan dia mati serta-merta.

 Menurut Mohammad, wanita itu mempunyai anak perempuan 10 bulan dan sedang hamil tujuh bulan.

Keluarganya kemudian melarikan diri dan polis sedang memburu mereka. Beberapa saudara-mara keluarga itu sudah ditahan kerana membenarkan pembunuhan.

Ratusan wanita di Pakistan dibunuh setiap tahun – pembunuhan yang digelar demi maruah keluarga – biasanya kerana anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak direstui keluarga.

Minggu lalu, Zeenat Bibi, 16, mati dibakar ibunya di Lahore kerana berkahwin lari dengan teman lelakinya dan Ahad lalu, seorang gadis di Sialkot, juga di Punjab,

dibunuh abangnya kerana berkeras mahu berkahwin dengan lelaki pilihannya. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan