Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa harus beri kerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar sempena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar sempena majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Ibu bapa diseru agar memberikan kerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, kerjasama daripada ibu bapa merupakan elemen penting ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar.

“Kecemerlangan anak-anak juga adalah bergantung kepada didikan ibu bapa iaitu dengan melihat sejauh manakah ibu bapa mengambil berat soal pendidikan anak-anak mereka. “

“Untuk mendidik anak-anak, kita sebagai ibu bapa tidak sepatutnya memaksa anak kita untuk mendapatkan pekerjaan  dengan kerja yang kita tentukan tetapi berilah kebebasan untuk memilih bidang yang mereka suka, “katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Likas, di sini, hari ini.

Tambah Jainab, pihaknya juga akan melaksanakan program permuafakatan di masa akan datang dengan melibatkan sekolah-sekolah yang terdapat di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Program ini adalah bertujuan  memberi motivasi kepada ibu bapa bapa agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak mereka.”

“Kita akan memanggil wakil setiap sekolah dan sama-sama membincangkan perkara ini agar ia dapat memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan para pelajar,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan