Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa diseru peka dan prihatin terhadap anak-anak

8:03am 22/10/2016 Leolerry Lajius 35 views Tempatan
Senam robik bersama masyarakat.

Senam robik bersama masyarakat.

KOTA KINABALU: bubapa sebagai pembimbing dan pendidik utama keluarga haruslah sentiasa peka dan prihatin terhadap cabaran dan harapan dalam membentuk anak-anak agar mampu mencapai tahap kecemerlangan yang diidamkan.

 

Pengerusi MPWK Parlimen Kudat, Datuk Aminah Ambrose berkata, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak bukan sahaja sekadar meningkatkan kecemerlangan tetapi juga lebih kepada pembangunan anak secara menyeluruh agar ia berupaya membesar menjadi seorang yang berkebolehan, berperibadi mulia dan hidup sebagai insan kamil.

 

Menurutnya, masyarakat masakini sering menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk sebuah keluarga yang aman dan harmoni.

 

“Perubahan budaya hidup yang pesat dan pengaruh media massa serta persekitaran luaran, sedikit sebanyak, memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan keluarga.

 

“Oleh itu, di sini saya ingin menekankan tentang pentingnya kita mengkaji peranan institusi keluarga yang akan membawa negara ini kepada satu tahap kemajuan yang mencabar,” katanya ketika berucap merasmikan Hari keluarga anjuran MPWK Parlimen Kudat di SK Kusilad, Kudat baru-baru ini. Beliau mewakili Ketua UMNO bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail.

 

Aminah yang juga Ketua Wanita UMNO Kudat berkata, sekiranya setiap masyarakat mengamati pengalaman negara-negara yang telah membangun atau apa yang dikenali sebagai negara maju.

 

Jelasnya proses transformasi struktur ekonomi sering diiringi dengan perwujudan ciri-ciri individualisma yang kurang sihat seperti sikap egoistik, mementingkan diri sendiri, membelakangkan keluarga dan masyarakat, dan sifat tidak peka kepada keadaan sekeliling.

 

“Dengan ini institusi perkahwinan dan keluarga juga runtuh dan didikan awalan tidak lagi dapat diadakan bagi kanak-kanak,” katanya.

 

Beliau berkata, bersempena sambutan Hari Keluarga, beliau berharap agar setiap ibu bapa mengambil berat kepada pembangunan anak-anak mereka daripada segi emosi, fizikal, rohaniah, mental dan sosial agar mereka kelak akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan kecemerlangan keluarga, masyarakat dan negara.

 

“Anak-anak juga sama, berbakti kepada ibubapa adalah satu kewajipan dan patut dilaksanakan sepanjang tahun, bukannya pada hari-hari tertentu sahaja.

 

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, masyarakat seharusnya berbangga kerana berpeluang merayakan satu hari yang khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga.

 

“Kita juga harus berbangga kerana pengiktirafan kepada keluarga ini jelas membuktikan bahawa di samping menikmati kemajuan ekonomi yang pesat, kita tidak lupa kepada aspek-aspek sosial, terutamanya nilai dan budaya hidup berkeluarga.

 

“Sistem keluarga sebagai institusi dan asas masyarakat perlu dikekal dan diperkukuhkan kerana keluarga ialah penerima dan penyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

 

Menurut Aminah, kekuatan dan keutuhan sesuatu keluarga dapat mempengaruhi dan menjamin kestabilan sesuatu masyarakat.

 

“Lantaran itu, segala perubahan dan perkembangan yang berlaku di peringkat keluarga sudah pasti akan memberi kesan di peringkat masyarakat dan negara.

 

“Institusi keluarga adalah asas yang amat penting kepada pembentukan masyarakat sesebuah negara kerana ia berfungsi dan memainkan peranan utama untuk melahir dan mewujudkan generasi yang bakal menentukan nasib bangsa dan tanahairnya,” katanya.

 

Katanya, sesebuah keluarga, terutamanya ibu bapa, adalah pencorak kehidupan anak-anak sama ada akan menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya./SayangSabah

Aminah bersama masyarakat setempat semasa Hari Keluarga.

Aminah bersama masyarakat setempat semasa Hari Keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan