Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa diseru pantau penggunaan internet anak-anak

Hamisa mengambil gambar bersama pelajar tadika sempena program  berkenaan.
Hamisa mengambil gambar bersama pelajar tadika sempena program berkenaan.

Tawau : Ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memantau penggunaan internet anak-anak bagi mengelakkan terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri mereka.

 

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat, berkata, langkah itu tidak boleh dianggap remeh kerana walaupun pemantauan dilakukan, namun masih terdapat kes terlepas pandang yang mendedahkan mereka dengan jenayah siber.

 

“Tidak ada masalah sekiranya anak-anak memanfaatkan internet atau laman media sosial dengan perkara-perkara berfaedah, tetapi jika sebaliknya yang berlaku, pasti itu akan memberi kesan besar terhadap pembentukan peribadi generasi akan datang.

 

“Jumlah kanak-kanak yang menggunakan internet dan media baharu ketika ini semakin bertambah termasuk Facebook,” katanya semasa berucap Program Jiwa Merdeka di Kampung Merotai, Tawau.

 

Kira-kira 79 kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Merotai menyertai program tersebut bersama masyarakat kampung.

 

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, ibu bapa juga perlu memantau secara berkala penggunaan gajet anak-anak seperti telefon pintar dan komputer riba agar tidak berlaku sebarang penyalah gunaan kerana berdasarkan tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebanyak 65.5 peratus daripada responden berpendapat laman media sosial banyak memberikan risiko negatif terhadap kanak-kanak./SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan