Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa diseru pantau aktiviti anak-anak

7:13am 29/10/2016 Leolerry Lajius 2 views Tempatan
Ceria...Samsudin dan Hazuliza bergambar kenangan bersama murid-murid sekolah rendah yang menerim beg sekolah.

Ceria…Samsudin dan Hazuliza bergambar kenangan bersama murid-murid sekolah rendah yang menerim beg sekolah.

SANDAKAN : Ibu bapa perlu memantau setiap kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak khususnya golongan belia bagi mengelakkan mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, pendekatan tersebut perlu diambil memandangkan golongan berkenaan dilihat sudah ramai yang terjebak dengan musuh nombor satu negara itu.

Beliau berkata, ini kerana rumah merupakan institusi pertama dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Walaupun keadaannya masih terkawal, namun kita khuatir jika pemantauan ini tidak dibuat de­ngan kadar segera berkemungkinan besar lebih ramai golongan belia akan terjebak dalam najis dadah.

Untuk itu, ibu bapa perlu membuat pemeriksaan mengejut ke atas anak-anak sama ada dalam beg pakaian atau sekolah sebagai alternatif membendung gelaja ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Membara We Care Puteri Prihatin Anjuran Pergerakan Puteri Umno Batu Sapi di Zon Kepulauan Tronglit, Kampung Sirabut, Kampung Baru, Sandakan.

Turut hadir Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazuliza Mohd Dani, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu Sapi Hussin Nasib, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi Katizah Ebrahim merangkap CDO N.43 Sekong, Pemaju Mukim Zon Kepulauan Paraji Sumadin, Ketua kampung kg Baru Manja Tiong,

Dalam majlis itu, Puteri UMNO Batu Sapi menyampaikan sumbangan mesin basuh untuk tiga orang ketua puteri cawangan Zon Kepulauan, sumbangan beg sekolah kepada 40 orang pelajar sekolah rendah di kawasan kepulauan dan 12 orang penerima sumbangan barangan dapur kepada ibu tunggal, balu dan OKU./SayangSabah

Samsudin menyampaikan bantuan beg kepada salah seorang pelajar.

Samsudin menyampaikan bantuan beg kepada salah seorang pelajar.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan