Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa diseru luangkan masa bersama anak

2:20pm 19/08/2016 Leolerry Lajius 31 views Tempatan
Mizma menerima cenderahari daripada Guru Besar Zon Bandar, Hj Abdul Using.

Mizma menerima cenderahari daripada Guru Besar Zon Bandar, Hj Abdul Using.

Kota Kinabalu :Ibu bapa perlu bijak dan berusaha mencari masa untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan positif berhubung tingkah laku dan nilai-nilai murni.

Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdullah berkata ibu bapa perlu berusaha mencari masa bersama anak-anak walaupun sibuk dengan urusan masing-masing

“Kualiti masa lima minit sudah memadai untuk menanam nilai-nilai murni di kalangan anak anak namun ia mesti dilakukan setiap hari.

“Ibu bapa boleh menggunakan setiap waktu pagi iaitu sebelum anak-anak pergi sekolah untuk tujuan berkenaan,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, semua pihak meliputi ibu bapa, guru, pengetua, guru besar, kakitangan sekolah, pegawai pendidikan, masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab terhadap tingkah laku pelajar yang nakal hingga mencetuskan masalah.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Zon Bandar,di Lahad Datu kelmarin.

Sebanyak lima buah prasekolah terlibat dalam program tersebut iaitu SK Terusan, SK Sapagaya, SK tanjong Pas, SK Silam dan SK Lahad Datu II.

Tambah beliau ibu bapa perlu lebih peka mengawasi gerak-geri serta perihal anak masing-masing terutama membabitkan golongan remaja agar mereka tidak terjerumus dengan gejala negatif yang kian membimbangkan.

 

“Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tugas mendidik mahupun mendisiplin anak kepada pihak sekolah semata-mata.

 

“Sebaliknya, tugas ini harus dipikul bersama lebih-lebih lagi dengan kes lari dari rumah yang kian meningkat dan amat membimbangkan. Sebagai ibu bapa kita wajar memantau pergerakan anak-anak, tanya ke mana mereka mahu pergi, dengan siapa mereka berkawan dan apa aktiviti yang mereka lakukan,” jelasnya.

 

Jelasnya lagi, keteguhan institusi kekeluargaan serta didikan ibu bapa diyakini berupaya membendung anak-anak terutama remaja dan belia daripada terjebak dengan gejala sosial.

“Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu beri perhatian terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak. Bimbing mereka, luangkan masa dengan mereka, buat mereka rasa dihargai dan disayangi,” ujarnya./SayangSabah

Mizma bergambar kenangan dengan kanak-kanak prasekolah.

Mizma bergambar kenangan dengan kanak-kanak prasekolah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan