Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa diseru agar mengambil berat pendidikan asas kanak-kanak

10:04am 16/11/2016 Leolerry Lajius 6 views Pendidikan,Tawau,Tempatan
Terima kasih...salah seorang kanak-kanak Tabika Perpaduan menerima sijil penghargaan daripada Hamisa.

Terima kasih…salah seorang kanak-kanak Tabika Perpaduan menerima sijil penghargaan daripada Hamisa.

TAWAU: Golongan ibu bapa perlu mengambil berat dan memberi perhatian utama terhadap pendidikan asas kanak-kanak agar tidak  tercicir darupada mendapatkan pendidikan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan telah menyediakan kemudahan persekolahan atau pendidikan awal sekurang-kurangnya sembilan tahun kepada semua warganegara.

Beliau berkata isu utama yang sering dipertikaikan dan menjadi pilihan ibu bapa ialah kualiti dalam pendidikan itu sendiri, khususnya pendidikan prasekolah

Katanya perkhidmatan jagaan dan didikan untuk kanak-kanak yang berumur di antara empat hingga tujuh  tahun adalah melalui Taman-taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman-taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA).

“Kewujudan Taman Bimbingan kanak-kanak (Tabika) perlu dimanfaatkan di negeri ini untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak kecil mengenai pelajaran.

“Tabika merupakan wadah paling berkesan untuk kanak-kanak mengenali suasana alam persekolahan di samping didedahkan dengan  pergaulan bersama rakan sebaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi TABIKA Perpaduan Daerah Tawau 2016 di Dewan SRJK(C) Yuk Chin, Tawau yang melibatkan sebanyak 14 buah Tadika.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan bahagian Tawau, Rosmah Wading, guru-guru, ibu bapa dan kanak-kanak daripada 14 buah Tadika Perpaduan.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menambah ibu bapa juga turut memainkan peranan yang besar dalam memastikan pembelajaran anak-anak kerana pendidikan merupakan elemen yang penting dalam memastikan kejayaan dalam kehidupan anak-anak pada masa kini.

Jelasnya anak-anak yang ada pada hari ini adalah bakal pelapis dan pemimpin menjelang tahun 2020. Sewajarnya mereka dipersiapkan dengan bekalan yang secukupnya tanpa mengira sama ada mereka berada di bandar mahupun di luar bandar./SayangSabah

 Kenangan...Hamisa merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak Tadika Perpaduan peringkat daerah Tawau.


Kenangan…Hamisa merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak Tadika Perpaduan peringkat daerah Tawau.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan