Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa disaran gembleng tenaga tingkat kecemerlangan murid

Antara ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut.
Antara ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut.

TENOM – Ibu bapa, dan komuniti setempat disaran untuk menggembleng tenaga dan pengetahuan selain turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, kerjasama yang terjalin antara kesemua pihak termasuk guru-guru itu turut dilihat sebagai salah satu petunjuk untuk meningkatkan prestasi dan nama sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut beliau, jalinan itu juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi sarana ibu bapa dan sarana sekolah iaitu bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti secara meluas.

“Jalinan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta berperanan melahirkan murid cemerlang sekali gus memenuhi keperluan modal insan negara,” katanya ketika berucap merasmikan program Mitovasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Murid bersama Ibu bapa Zon Basku di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Ulu Tomani, di sini hari ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Mohd. Taslim Tahir.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO, penglibatan secara aktif dalam program anjuran sekolah juga membolehkan ibu bapa mengetahui sendiri perkembangan anak-anak mereka selain bertanya kepada guru-guru.

Katanya lagi, program ceramah motivasi amat relevan dengan situasi pelajar pada masa kini yang terdedah dengan pelbagai elemen yang kadangkala boleh melemahkan dan mengurangkan fokus mereka terhadap pelajaran mereka. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan