Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu bapa diminta peka dan prihatin terhadap anak-anak

1:25pm 02/08/2016 Leolerry Lajius 17 views Tempatan
Ceria...Mizma bersama kanak-kanak prasekolah SK Pekan Lahad Datu.

Ceria…Mizma bersama kanak-kanak prasekolah SK Pekan Lahad Datu.

Lahad Datu.: Ibubapa sebagai pembimbing dan pendidik utama keluarga haruslah sentiasa peka dan prihatin terhadap cabaran  dalam membentuk anak-anak agar mampu mencapai tahap kecemerlangan yang diidamkan.

Ketua Wanita UMNO Silam Mizma Appehdullah berkata, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak bukan sahaja sekadar meningkatkan kecemerlangan tetapi juga lebih kepada pembangunan anak secara menyeluruh agar ia berupaya membesar menjadi seorang yang berkebolehan, berperibadi mulia dan hidup sebagai insan kamil.

Menurutnya, masyarakat masakini sering menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk sebuah keluarga yang aman dan harmoni.

“Perubahan budaya hidup yang pesat dan pengaruh media massa serta persekitaran luaran, sedikit sebanyak, memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan keluarga.

“Oleh itu, di sini saya ingin menekankan tentang pentingnya kita mengkaji peranan institusi keluarga yang akan membawa negara ini kepada satu tahap kemajuan yang mencabar,” katanya ketika berucap Program Amal Bakti Sosial Pergerakan Wanita UMNO Silam untuk  tahun yg ke 2,  bagi PRA Sekolah SK Pekan Lahad Datu yang turut meraikan seramai 180  kanak-kanak sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Turut hadir sama Guru Besar  Sakka Labachodan  turut dimeriahkan dengan kemunculan maskot Chicky  daripada KFC Lahad Datu./SayangSabah

Sumbangan...Mizma menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Pra Sekolah SK Pekan Lahad Datu.

Sumbangan…Mizma menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Pra Sekolah SK Pekan Lahad Datu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan