Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa digesa tingkat motivasi anak-anak

Hamisa Samat (dua dari kiri) beramah mesra dengan murid-murid SK Bandar Tawau.
Hamisa Samat (dua dari kiri) beramah mesra dengan murid-murid SK Bandar Tawau.

TAWAU – Kehadiran ibu bapa dalam majlis ilmu di sisi anak-anak mampu memberikan motivasi ke arah mewujudkan pelajar cemerlang dari semua aspek pembangunan kendiri mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat sehubungan itu menggesa ibu bapa dan penjaga pelajar melibatkan diri secara langsung dalam program pembangunan sahsiah dan akademik pelajar yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pihak sekolah.

“Kehadiran ibu bapa serta ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam suatu perkumpulan atau majlis ilmu di sisi anak-anak merupakan suatu sentuhan ajaib kepada anak-anak tersebut kerana cara itu dapat meningkatkan motivasi mereka,” katanya ketika berucap  merasmikan Mesyuarat PIBG SK Bandar, Tawau di sini hari ini.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran.

Jelasnya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu mementingkan kemajuan dari segi kebendaan sehingga kita mengabaikan kewajipan kita terhadap anak yang memerlukan bimbingan dan asuhan yang sempurna.

“Kita jangan terlalu mementingkan kebendaan sahaja, pendidikan dan penjagaan anak-anak yang sempurna harus juga diutamakan supaya mereka ini dapat mewarisi pembangunan material dan fizikal yang telah kita capai pada ketika ini dan juga di masa yang akan datang,” ujarnya. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan