Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa digalak lengkapi diri dengan pelbagai kemahiran

Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan)  menyampaikan ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung Persatuaun Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Tawau. - foto Masani Sandan
Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) menyampaikan ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung Persatuaun Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan mendidik dan melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu penting agar ibu bapa memahami kehendak dan keperluan anak-anak dengan lebih berkesan.

“Ini kerana cabaran masa kini menuntut ibu bapa perlu peka dengan dunia tanpa sempadan yang mudah mempengaruhi minda anak-anak khasnya perlakuan dan tingkah laku negatif,’’ katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau, di sini semalam.

Jelas beliau lagi, ibu bapa perlu meletakkan pendidikan sebagai agenda utama dalam keluarga kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah kehidupan keluarga, masyarakat dan negara.

Katanya, pendidikan sempurna bukan sahaja diperolehi di sekolah sebaliknya bermula dari rumah dengan ibu bapa sebagai tunggak utama mencorak dan memupuk nilai pendidikan itu dari rumah.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas lagi, dalam setiap kecemerlangan yang dicapai sesebuah sekolah, tidak dinafikan ia memerlukan komitmen semua pihak terutama ibu bapa. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan