Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

IBU BAPA DAN SEKOLAH PERLU TANGANI TABIAT MEROKOK PELAJAR

pelajar merokok

LABUAN, 12 Feb : Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pemantauan rapat mereka adalah penting dalam menangani tabiat merokok dalam kalangan pelajar.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata walaupun terdapat usaha pihak berkuasa, kempen maklumat dan nasihat mengenai kesan buruk merokok, namun ketidak upayaan mengurangkan ketagihan merokok masih kurang berjaya dan perlu diberi perhatian serius.

“Menghisap rokok sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar dan kita percaya jumlah pelajar yang merokok semakin bertambah. Kita memerlukan kerjasama daripada persatuan ibu bapa dan guru untuk membantu menyelesaikan isu ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan tabiat merokok dipengaruhi dari tabiat anggota keluarga terutama pihak bapa.

“Oleh itu tabiat ibu bapa sama ada positif atau negatif boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan pada usia remaja,” katanya.

Dr Ismail berkata tekanan rakan-rakan di sekolah dan tempat kerja merupakan satu lagi faktor utama kenapa individu mengamalkan tabiat merokok.

“Oleh itu perlu ada peraturan dan polisi untuk membantu pelajar mengenai tabiat buruk dan pekerti baik,” katanya.

Beliau berkata media massa boleh memainkan peranan penting dalam menyebar maklumat mengenai kesan buruk merokok, dengan membantu kempen antimerokok dan mempromosi program benci rokok.

“Pendidikan dan penguatkuasaan merupakan dua elemen penting dalam menangani masalah ini dan ia perlu dilakukan secara seiringan,” katanya.

Seorang guru Sitiphanus Alwi berkata jenis sekolah turut merupakan faktor sama ada seseorang pelajar akan merokok atau tidak.

“Sekiranya sekolah itu mempunyai reputasi baik dengan pelajar mempunyai nilai moral yang tinggi, mereka tidak akan mengamalkan tabiat merokok atau terbabit dengan kegiatan maksiat,” katanya.

Menurut Pusat Sumber Pakatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara, tabiat merokok dalam kalangan golongan lelaki di Malaysia melebihi 50 peratus dan dianggarkan menjelang 2020, lebih dua pertiga dalam kalangan perokok dunia akan terdapat di Asia.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan