Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu bapa boleh membantu meningkatkan pencapaian anak

Zaiton menerima cendera kenangan daripada Anthony.
Zaiton menerima cendera kenangan daripada Anthony.

KENINGAU : Peranan ibu bapa dalam membantu memajukan dan meningkatkan pencapaian akademik anak-anak adalah amat penting.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Pensiangan Hajah Zaiton OKK Anik berkata, tanggungjawab mendidik anak-anak bukanlah tugas guru sahaja tetapi ibu bapa juga memainkan peranan sebagai pendidik semasa di rumah.

Ini katanya, kerana masa anak-anak berada di rumah lebih banyak berbanding masa mereka di sekolah.   “Justeru itu ibu bapa haruslah memainkan peranan penting mendidik dan memantau pergerakan anak-anak semasa di rumah” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sompuru Sekolah Kebangsaan ( SK ) Sodomon batu-baru ini.

Beliau berkata, tanggapan segelintir ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat adalah tidak betul kerana pendidikan awal kanak-kanak sebenarnya bermula di rumah dan ibu bapa yang memulakannya sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

“Dalam memacu pembangunan pendidikan dan kecemerlangan murid, kerjasama daripada ibu bapa dengan pihak sekolah amat diperlukan” katanya. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan