Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ibu Bapa Bakal Dikenakan Tindakan Benarkan Anak Tunggang Motosikal Tanpa Lesen

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ibu bapa dan penjaga yang membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata mereka juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika melibatkan kemalangan maut.

Katanya pihaknya tidak akan berkrompromi terhadap ibu bapa yang cuai dan membiarkan anak mereka berdepan risiko menggunakan motosikal tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kita dapati ramai remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti merempit dan golongan ini juga dikesan tidak memiliki lesen serta perlindungan insurans.

“Dari mana pelajar sekolah ini dapat duit untuk membeli motosikal jika bukan ibu bapa mereka kerana jika di usia begitu mereka tidak mampu untuk membeli motosikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka ada ataupun tidak lesen  memandu serta perlindungan insurans sebelum membenarkan mereka menunggang motosikal.

“Jika berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian kita tidak akanteragak-agak menuduh mereka di bawah kecuaian jenayah kerana membiarkan anak mereka berbuat demikian,” katanya.

Jelasnya langkah yang dilaksanakan ini bagi menyedarkan ibu bapa agar menitik berat soal keselamatan bukan sahaja melibatkan nyawa anak mereka tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Rosli berkata pihak polis akan meningkatkan operasi dan telah mengenal pasti lokasi panas dan tempat kumpulan rempit ini berkumpul untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

“Kita harap para ibu bapa dapat mengawasi anak-anak mereka agar tidak terus terjebak dengan aktiviti merempit,” katanya.
–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan