Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu Baling Bayi Dari Tingkat 18 Dituduh Membunuh

4:41pm 07/03/2016 Pak Roshan 233 views Jenayah,Mutakhir
Norazwani Mohd Noh, 39, didakwa membunuh bayinya dengan membaling bayi itu dari tingkat 18, Block C, Flat Danau Kota, Jln 3/23D Off Jalan Genting Klang, Setapak di sini pada 8.11 pagi, 29 Feb lepas.

Norazwani Mohd Noh, 39, didakwa membunuh bayinya dengan membaling bayi itu dari tingkat 18, Block C, Flat Danau Kota, Jln 3/23D Off Jalan Genting Klang, Setapak di sini pada 8.11 pagi, 29 Feb lepas.

KUALA LUMPUR – Seorang ibu yang masih berpantang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan.

Norazwani Mohd Noh, 39, didakwa membunuh bayinya dengan membaling bayi itu dari tingkat 18, Block C, Flat Danau Kota, Jln 3/23D Off Jalan Genting Klang, Setapak di sini pada 8.11 pagi, 29 Feb lepas.

Wanita yang bekerja sebagai ejen hartanah itu yang kelihatan murung didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang turut mempunyai seorang lagi anak berumur lima tahun.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes wanita itu yang tidak diwakili peguam sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memberitahu pemberita bahawa tertuduh kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kerana menghidap darah tinggi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan