Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ibu, anak enggan lepas pelukan

10:49am 19/02/2016 Pak Roshan 48 views Global
ANAK orang utan itu enggan melepaskan ibunya walaupun selepas ibunya pengsan ditembak peluru pelali.

ANAK orang utan itu enggan melepaskan ibunya walaupun selepas ibunya pengsan ditembak peluru pelali.

Jakarta: Gambar menunjukkan detik menyayat hati seekor anak orang utan enggan melepaskan ibunya yang ditembak pekerja hidupan liar menggunakan peluru pelali untuk menyelamatkannya yang berdepan kebuluran selepas penempatan haiwan itu musnah akibat kebakaran hutan di Borneo.

Si ibu yang kurus kering akibat kekurangan nutrisi juga enggan melepaskan anaknya sehingga penyelamat terpaksa menembak pelali tiga kali sebelum dia pengsan dan jatuh ke dalam jaring mereka.

Doktor haiwan dari International Animal Rescue Ayu Budi Handayani berkata: “Kagum melihat si ibu ini begitu gigih melindungi anaknya walaupun trauma kerana terpaksa lari daripada kebakaran hutan serta kehilangan semua sumber makanan. Ditambah pula ditembak pelali dan dijerat.”

Dua beranak itu dinamakan Mama Nam dan Baby Nam kini beransur pulih, malah si ibu juga mula menghasilkan susu semula untuk anaknya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan